Bahasa Melayu

Semoga sedikit sebanyak apa yang tercatat di sini  dapat membantu anakku Zetty juga bekas anak-anak didikku atau sesiapa sahaja untuk  menghasilkan karangan yang lebih indah dan berkesan. Amin.

BUNGA-BUNGA BAHASA UNTUK PENULISAN
1. Aku tidak mahu kekal berada dalam kepompong yang sama
2.  Aku tetap dibebani rasa tidak percaya
3.  Anak matanya tertancap pada sungai yang mengalir
4.  Angin malam terasa seperti membelai hatiku
5.  Aromanya menusuk ke rongga hidung
6.  Asap yang mengepul naik seolah-olah menyangga awan
7.  Ayah gigih mengharungi air masin yang beromak lembut
8.  Azam kusematkan di hati
9.  Badannya bergetar oleh keharuan yang amat sangat